5 Hospital Must-Haves : Checklist Tambahan Hanis Zalikha Buat Ibu-Ibu Baru!

In Lifestyle by toujours

Sebut saja nama Hanis Zalikha, pasti ramai yang mengenalinya! Sekiranya anda adalah peminat beliau yang setia, pasti anda sedar bahawa Hanis sangat gemar dalam berkongsi pengalaman hidupnya sejak dari dahulu sehinggalah beliau bergelar seorang isteri dan ibu. Salah satu post menarik dan unik yang telah dikongsikan oleh Hanis baru-baru ini adalah berkenaan 5 New Mommy ‘Personal’ Hospital Must- Haves yang berkisarkan tentang barang-barang keperluan yang perlu anda bawa ke hospital. Entry ini dituju khas buat bakal ibu-ibu yang sedang dalam tempoh menunggu hari. Mari kita sama-sama selami tips- tips yang telah dikongsikan oleh Hanis.

Must-Haves 1: Tin Biskut saiz besar

Perkara yang pasti akan dialami oleh wanita yang baru melahirkan anak ialah kerap mengalami rasa lapar. Menurut Hanis dengan berbekalkan biskut bersaiz tin besar ini dapat membantu beliau dalam mengatasi kelaparan sewaktu berada di hospital selepas melahirkan baby.

‘Biskut tin besar, Paling ever, sebab akan lapar all the timeeeee’

 

 

Must-Haves 2: Lampin Dewasa

Penggunaan Lampin dewasa jenis slip-on adalah pilihan Hanis selepas proses kelahiran. Lampin jenis ini membolehkan darah terus jatuh kebawah dan dapat mengelakkan jahitan selepas bersalin daripada bergesel. Hanis juga berpendapat bahawa menggunakan lampin jenis ini lebih selesa berbanding menggunakan tuala wanita ataupun pad. Selain itu, ianya juga mudah didapati di mana-mana farmasi Guardian ataupun Watson.

‘Lampin dewasa jenis slip-on. (Beli je mana2 farmasi Guardian/ Watson). Bila dipakai ia akan hanging, darah jatuh bawah dan tak bergesel dengan jahitan, selesa, No need pad pad all’

 

Must-Haves 3: Nipple Butter

Sewaktu proses penyusuan berkemungkinan akan berlakunya luka pada nipple. Oleh itu, Hanis mencadangkan salah satu benda yang wajib anda miliki bagi mengatasi masalah ini adalah nipple butter. Anda boleh sapu dan urut sendiri dengan mengikut cara berikut:

“Nipple butter jenama2 organik, sapu dan urut (tarik2) 1-2 minit untuk lembutkan nipple sebelum setiap penyusuan.”

 

Must-Haves 4: Pam Susu

Pam susu merupakan salah satu alat yang wajib dimiliki oleh para ibu yang baru melahirkan baby. Menurut Hanis, anda pasti tahu mengapa anda perlukan pam susu ini.

‘You’ll know why’

 

Must-Haves 5: Pencuci badan

Selain itu, Hanis juga berpendapat agar anda menggunakan pencuci badan jenis soap-free bagi mengelakkan kulit anda kering serta mengurangkan kepedihan pada kesan jahitan atau luka ketika anda mandi.

‘Pencuci badan yang soap-free. Supaya kulit tak kering, atau pedih bila mandi.’

 

 

 

Sekian perkongsian dari selebriti dan blogger kesayangan ramai, Hanis Zalikha atau kini lebih kenali sebagai Mommynis. Semoga tips-tips ini bermanfaat terutama buat wanita-wanita yang baru sahaja bergelar ibu diluar sana!