3 Kategori Kelengkapan Hospital Bag Hanis Zalikha Agar Suami Lebih Bersedia!

In Lifestyle by pentadbir


Resah menunggu hari untuk bersalin? Bagi setiap wanita, saat melahirkan anak adalah satu detik yang sangat gementar biarpun ianya bukan kelahiran yang pertama. Pastinya, persiapan yang rapi akan dilakukan bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Seperti yang anda sedia maklum, selebriti terkenal tanah air Hanis Zalikha telah melahirkan cahaya mata keduanya baru-baru ini yang diberi nama Alisa Aisyah. Beliau turut berkongsi mengenai kelengkapan bag hospital ketika hendak melahirkan puteri kesayangan beliau. Hanis juga telah membahagikan kelengkapan tersebut mengikut tiga kategori utama iaitu mommy, breastfeeding dan baby agar tiada keperluan yang tertinggal dan mudah dicapai ketika berada di hospital!

KATEGORI PERTAMA

Mari kita lihat kategori yang pertama iaitu for Mommy (satu bag).

1. Toiletries, sabun mandian (soapless/mild/gentle) dan juga tuala gebu kepunyaan sendiri.

2. Adult diapers supaya anda tidak perlu memakai panties atau pad.

3. Lingerie (+comfortable nursing bra). Pesan Hanis agar anda biasakan diri terus memakai nursing bra selepas bersalin.

4. Disposable nursing pad adalah sangat penting terutama sekali ketika badan anda masih perlu menyesuaikan diri dengan keperluan susu bayi anda. Ianya dapat mengelakan susu badan anda daripada overflow atau leak.

5. Pakaian sendiri (yang selesa, cantik & senang breastfeeding) + socks + selipar jamban. Hanis cadangkan anda bersiap elok, bagus untuk kegembiraan diri.

6. Skincare & make up sekadar lipstick sudah memadai.

7. Hanis juga tidak melupakan supplement kesayang beliau iaitu Toujours Advanced dan juga Toujours Kids untuk mendapatkan nutrien buah-buahan dan sayuran sepanjang berada di hospital.

8. Jangan lupa juga your favourite mug.

 

KATEGORI KEDUA

Manakala kategori kedua adalah khusus untuk kelengkapan breastfeeding (satu bag)

1. Breastpump + ebm storage bags + botol susu newborn

2. Organic nipple butter (sebelum menyusukan) + Bepanthen ointment untuk kegunaan selepas menyusukan bayi anda dan sekiranya ada terluka di dada 💔.

3. Nursing cover (terutamanya kalau kita jenis terima pelawat).

4. Silicone milk collector. Hanis menggunakanya untuk collect susu kat sebelah lagi waktu baby menyusu.


5. Satu tin biskut + susu kurma.

 

KATEGORI KETIGA

Kategori terakhir sekali dan paling penting adalah untuk baby (satu bag).

1. Baju & sarung tangan kaki & topi baby (hospital selalu provide tapi risau nipis material dia, baby tejukkk)

2. Newborn diapers + wet wipes

3. Selimut baby (yang cuteee)

4. Kain bedung baby (muslin cloth). Menurut Hanis ketika berada di hospital, beliau dapat mempelajari cara-cara membedung bayi dengan kemas bersama jururawat menggunakan kain bedung sendiri.

5. Minyak perut baby + balm kulit baby (balm/organic lotion baby). Hanis berpendapat bahawa minyak atau balm ini sangat membantu kerana diawal kelahiran kulit bayi sangat sensitif.

Jangan lupa juga kelengkapan seperti:

1. Extension plug + phone charger.

 

2. Hadiah untuk doctor & jururawat bagi menghargai jasa mereka.

Hanis Zalikha juga mengatakan melalui laman social instagram puteri beliau ‘setiap category
buat satu bag supaya suami tak kalut nak kena capai2 & carikkan barang. Kenapa kena be
extra prepared, sebab taktau keadaan kita beranak, normal ke tak, anak sihat ke macam
mana, duk hospital berapa lama. Macam kitorang memang bawak semua benda sebab check
in seminggu lol. Dari Yusuf dulu memang suka stay hospital untuk belajar uruskan anak dan
tarik nafas jap sebelum menghadapi realiti kehidupan Semoga bermanfaat! (Nanti share
lagi journey and tips yang dapat waktu dengan Alisa dekat akaun ni).’

 

ALISA AISYAH

Link to Alisa’s Beautiful Journey.