Ketahui Vitamin & Supplemen Tambahan Yang Diambil Oleh Hanis Zalikha Ketika Hamil

In Lifestyle by pentadbir


Kehamilan adalah salah satu moment yang amat indah bagi setiap wanita yang telah mendirikan rumah tangga. Pastinya ia adalah saat yang paling teruja bagi wanita apabila mengetahui bahawa anda bakal menimang cahaya mata. Justeru itu, jika anda sedang berada di dalam situasi kehamilan pemakanan yang seimbang dan penyerapan nutrien yang secukupnya adalah perkara yang perlu diberi perhatian yang cukup. Perkara ini juga amat penting kerana ianya dapat membantu proses perkembangan diri bayi dalam kandungan. Oleh itu, pengambilan vitamin tambahan adalah salah satu perkara yang penting untuk para bakal ibu. Atas permintaan ramai, Hanis Zalikha telah berkongsi amalan-amalan yang boleh anda amalkan dan vitamin yang diambil ketika kehamilan putera pertama beliau, si petah Yusuf Iskandar!

 

1. Kurma Ajwa

Menurut Hanis Zalikha di dalam perkongsian melalui Instastory beliau, beliau telah mengamalkan memakan buah kurma ajwa satu biji hampir setiap hari sepanjang tempoh kehamilan beliau. Kurma Ajwa atau juga dikenali sebagai Kurma Nabi ini sangat berkhasiat dalam membekalkan tenaga bagi wanita yang sedang hamil. Di dalam Al-Quran iaitu pada Surah Maryam juga ada menyebut tentang saranan agar memakan kurma ini bagi memudahkan proses melahirkan anak. Dari segi saintifik, memang telah terbukti khasiat kurma untuk wanita mengandung mudah bersalin. Ia mengandungi kandungan glukosa yang mampu membekalkan tenaga, mengatasi anemia, serat yang memperbaiki proses pencernaan untuk ibu hamil, selain nutrisi yang cukup untuk pembentukan janin.

 

2. First Trimester- Folic Acid

Berdasarkan food fact sheet dari The British Dietetic Association, folic acid adalah vitamin dalam kumpulan B yang mempunyai banyak manfaatnya. Di saat 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk para bakal ibu mengambil folic acid setiap hari pada peringkat awal kehamilan. Hanis Zalikha juga percaya dan faham akan kepentingan folic acid sewaktu di awal kehamilan beliau. Hanis juga mengakui manfaat di dalam pengambilan folic acid ini walaupun agak sukar untuk mengambilnya terutama sekali apabila sering rasa mual dan muntah.

 

3. Second Trimester- Obimin

Setelah mencecah trimester kedua, bayi anda semakin membesar dan memerlukan lebih banyak nutrien. Hanis Zalika yakin dan percaya bahawa vitamin Obimin yang disarankan oleh doktor beliau dapat membantu untuk mendapatkan nutrien-nutrien yang diperlukan. Obimin adalah multivitamin dimana ia adalah gabungan beberapa jenis vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Niacinamide, Pantothenic Asid, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper, Iodine. Menurut portal rasmi Unilab pula, suplemen Obimin ini boleh membantu dalam memberikan anda nutrien yang secukupnya semasa kehamilan dan juga sewaktu anda menyusu.

 

4. Second Trimester- Toujours Advanced Collagen Shots

Salah satu cara kegemaran Hanis mendapatkan nutrien seperti yang terdapat dalam buah- buahan adalah dengan mengambil Toujours Advanced Collagen Shots. Hanis mengamalkan satu sachet sehari mulai trimester kedua. Manfaat dari ekstrak tulen buah-buahan, kurma, delima & madu boleh di dapati dalam setiap sachet Toujours Advanced Collagen Shots dengan mudah dan sedap. Selain itu menurut Hanis, pengambilannya didapati membantu mengelakkan stretchmark di bahagian perut dan pinggul beliau, dipercayai daripada manfaat kandungan kolagen yang membantu regangan kulit dengan baik.

5. Kalsium

Salah satu perkara yang sering berlaku kepada ibu mengandung adalah kekurangan Kalsium. Oleh itu, anda harus mengambil calcium tambahan bagi memastikan bayi anda mendapat calcium yang secukupnya. Doktor Hanis telah perskripsikan Kalsium yang berbentuk gummy jenama Cal-D bagi menggantikan tablet atau pil agar ianya lebih mudah untuk ditelan. Menurut portal rasmi myhealth.gov.my, ibu hamil memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

 

6. Minyak Ikan

Hanis juga mengamalkan pengambilan minyak ikan sewaktu proses kehamilan beliau. Jenama NueroGain menjadi pilihan beliau dan ianya mudah didapati di mana-mana farmasi di seluruh Malaysia. Di dalam salah satu forum Dr. Vidya Hartiansyah, beliau mengatakan bahawa
minyak ikan disebutkan dapat membantu perkembangan otak dan mata bayi kerana ia mengandungi omega 3 dan dapat meningkatkan konsentrasi DHA pada bayi, yang memiliki peranan dalam perkembangan otak bayi. Menurut article dari Alodokter pula, Kandungan DHA dan EPA pada minyak ikan dapat mengurangkan risiko preeklamsia, persalinan prematur, dan meningkatkan berat badan lahir bayi. Selain itu, kandungan omega-3 dalam minyak ikan boleh mengurangkan risiko keguguran. Pakar pemakanan, Marilyn Glenville berpendapat pengambilan minyak ikan sangat penting untuk kesihatan dan keseimbangan hormon.

 

7. Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak kelapa dara yang diambil Hanis berbentuk kapsul gel yang mudah ditelan. Menurut pakar Obstetik dan Ginekologi (O&G) KPJ Selangor, Dr Siti Esah Bahari, VCO mempunyai beberapa kebaikan buat ibu yang sedang hamil antaranya ialah, boleh membantu perubahan serviks yang memudahkan dan melembutkan serviks sebelum kontraksi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko ketika meneran dan ibu tidak perlu episiotomi sekiranya menggunakan minyak kelapa dara sebagai urutan perineum pada hujung kehamilan. Hanis Zalikha pula mula mengambil vitamin tambahan VCO semasa usia kehamilan beliau mencecah ke lapan (8) bulan.