Product Replacement Policy

In Bulletin Board by toujours

Assalamualaikum dan hello!

Kami amat kesali isu yang berbangkit kebelakangan ini tentang sachet yang bocor dan kandungan yang tidak sempurna. Toujours telah mengambil langkah drastik bagi menangani isu ini dengan menaiktaraf jenis pengangkutan serta yang terbaru, menukar proses sealing kepada kilang yang lebih baik. Kami masih menunggu batch baru yang diharap kualitinya lebih tinggi dengan kadar kerosakan yang minimal ke tahap sifar.

Sehubungan dengan itu, kami amat meminta jasa baik stokis untuk membantu agen dan pelanggan mendapatkan gantian atau replacement kepada produk mereka yang terbukti rosak. Toujours bertanggungjawab sepenuhnya setibanya produk itu ditangan kami.


 Polisi Produk Gantian / Product Replacement Policy

Terma produk rosak: Sachet bocor dan mengotori kotak serta bahagian produk yang lain.

Syarat gantian: Produk yang didapati rosak harus lengkap 30 sachets tanpa disentuh, hanya seal packaging telah dibuka. Kotak yang kurang daripada 30 sachets dianggap invalid.


Langkah:
  1. Download Borang Produk Gantian TA dan isikan lengkap. Borang boleh didapati di bahagian download sebelah kanan Zon Terhad di bawah kategori Forms.
  2. Berikan borang bersama-sama dengan produk yang rosak kepada pemborong anda.
  3. Produk gantian akan dihantar terus kepada pelanggan anda/pelanggan agen anda berdasarkan alamat yang diisi di borang.
  4. Pemborong akan memberikan anda discount voucher RM10 bagi setiap produk yang rosak. Discount voucher boleh digunakan untuk pembelian stok seterusnya.

Semoga kita dapat mengatasi permasalahan ini bersama. kami dahului kerjasama anda dengan ucapan terima kasih banyak! Kami hargai setiap karenah pelanggan yang anda berjaya hadapi dengan tenang.

Thank you so much Toujours Family!