Welcome note to all Toujours Family

In Bulletin Board by pentadbir

Assalamualaikum dan hello kepada semua pemborong dan stokis yang dikasihi,

Kami sangat gembira dan berbesar hati dengan kewujudan setiap satu dari anda semua, yang menjadikan Toujours Family kuat, maju dan meriah. Walaupun di awal permulaan kita, lebih-lebih lagi dalam fasa membentuk sistem dan menyempurnakan produk, banyak cabaran dan liku, kita bertatih mengatasinya bersama. Maaf kami dahulukan daripada pihak kami atas sebarang kesulitan yang pernah anda hadapi.

Ketahuilah bahawa Toujours sentiasa mendengar dan cuba memberikan yang terbaik untuk semua secara saksama dan cekap. Setiap kata-kata yang baik dan membina, diambil sebagai pemangkin memperbaiki Toujours secara keseluruhan. Toujours sangat menghargai kepekaan anda terhadap semua isu yang dihadapi selama ini.

Hari ini Toujours bawakan website kepada anda, www.toujours.com.my untuk berkongsi segala info yang diharap membantu memudahkan bakal pembeli, pengguna yang sedia ada, agen baru dan lama dan sesiapa saja yang mampu mendapat manfaat darinya.

Dalam Zon Terhad; kita kumpulkan pemborong dan stokis untuk mengetahui pelbagai isu dan info terkini secara jelas dan terperinci. Tiada seorang pun dari pemborong dan stokis terkecuali, selagi mereka adalah Toujours Family. Kita akan bawakan lebih banyak berita baik di masa hadapan. Dengan izinNya.

Segala kejayaan kita kongsi bersama, dan segala permasalahan kita atasi bersama ~Toujours Family.

Thank you!